Kawan ke Lawan??

Kawan dan lawan. Sudah menjadi lumrah hidup kita untuk mencari seorang insan yang bernama kawan. Tapi, jaga-jaga!! Kenapa? Haaa, sebab kita kena tahu adakah kawan itu seorang kawan yang boleh menjamin. Menjamin apa? Masa depan ke? Bukan laa. Kawan yang boleh menjamin rahsia-rahsia korang sebab kalau korang ada masalah orang yang pertama korang beritahu ialah kawan korang. Kan kan kan? Eccehh tak payah tipu la ;)




Kawan ni ada macam-macam jenis. So, entry kali ni biar pika sharekan sedikit tips-tips macam mana korang nak tahu sama ada kawan korang itu betul-betul kawan atau sekadar 'kawan'. :D



Tips #1. Pendengar paling Digemari Ramai 
Inilah kawan yang sering dicari-cari oleh semua orang. Kawan macam ni lah satu-satunya yang akan sentiasa mendengar rintihan, rayuan atau apa-apa masalah korang. Walaupun korang ajak dia pegi mamak pukul 1 pagi pun dia sanggup datang nak dengar masalah korang walaupun masalah korang sebenarnya lapar. 



Tips #2. Sentiasa menjadi Peneman Utama.
Kebiasaannya kalau korang keluar jalan-jalan orang yang korang ajak tak lain tak bukan adalah kawan korang. Kemana sahaja korang pergi mesti dengan kawan korang. Tak kisah lah kemana-mana pun walaupun korang pergi tandas. Dia sentiasa ikut korang macam ada gari kat tangan korang dengan dia. 



Tips #3. Hubungan Mata (Eye Contact)
Cara ni korang boleh kenal pasti kawan korang. Perhatikan mata dia apabila korang beritahu masalah korang kat kawan korang. Kawan yang betul-betul seorang kawan dia akan memandang mata korang dan cuba menyelami masalah korang sedalam-dalamnya dan cuba nasihatkan sebaik mungkin. Tapi, kalau kawan yang plastik pulak dia akan mendengar tapi tidak sepenuhnya. Cuba korang perhatikan body language dia masa dia bercakap atau bagi nasihat kat korang. Seolah-olah macam dibuat-buatkan? Haaa. Jauhkan diri anda diselubungi penipuan. 



Tips #4. Sentiasa Berkongsi dan Melakukan Aktiviti Bersama
Kawan yang baik akan sentiasa berkongsi suka, duka, pahit, pedas ke apa-apa la dengan korang. Dia akan berkongsi apa sahaja dengan korang. Kalau dia beli slurpee kat 7 eleven pun dia tetap berkongsi dengan korang dan yang paling melampau korang habiskan slurpee yang dia beli. Ehh ada ke macam tu? Confirm ada diantara korang-korang ni. Tengok senyum sorang-sorang :P. Kebiasaannya korang buat aktiviti dengan kawan adalah sebab hobi korang dengan dia sama. So kalau hobi korang dengan dia adalah suka main hujan korang akan buat aktiviti dengan dia main hujan siap buat contest lagi tuh "Siapa demam dia kalah." Haa memang cari penyakit korang ni :D



Tips #5. Sentiasa Menerima Kawan Seadanya
Biasa la manusia tak lari dari membuat kesilapan. Kawan macam ni tak kisah perangai korang macam mana dan apa yang terjadi pada zaman purba korang. Dia masih menganggap korang sebagai sahabat. Awww sweet <3. Tapi kawan yang plastik pulak dia akan berasa awkward dengan perangai korang sampai gelarkan korang sebagai "weirdo". Bila korang buat benda baik dan dipuji orang dia akan buat-buat tak nampak dan pekak. Tapi bila korang buat satu kesalahan sebesar zarah pun dia lah orang pertama yang jadi wartawan sukarela terpekik terlolong sana sini melaporkan berita dari tempat kejadian pasal perangai buruk korang tuh. Siap update status kat FB lagi pasal korang. Haa itulah yang bahaya. Jadi kena la berhati-hati :)

Itu jelah yang pika boleh share. Yang lain tu korang nilai sendiri kawan korang macam mana. Dalam hidup ini tak semua sempurna dari segi fizikal dan mental. Semoga tips ni berguna untuk korang:) 




No comments: