Kartun dalam Versi Drama

Assalamualaikum :)

"Ish Pika ni macam budak-budak tengok kartun!" Hahaha. Best ape tengok kartun. Walaupun kartun tu cerita dia tak logik. Hehehe :D. Tapi entry kali ni Pika nak.... "Hahh! Nak ajak tengok kartun laa tu!" Haha bukanlah. Kali ni Pika nak share kat korang tentang satu cerita kartun Jepun yang memang sangat-sangat lahh comel. Kartun ni memang dikira popular lahh jugak. Jom tengok kartun apa yang comel tu :)


(comel kan dia? macam saya ^_^)

 Haa ni lah dia. Chibi Maruko-Chan. Comel kan dia? Cerita kartun ni ditayangkan pada 7 Januari 1990 oleh Fuji Television sebanyak 142 episod. Huyooo banyaknya. Kartun ni memang menarik kerana gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Maruko dan keluarganya. Tapi tahukah anda bahawa cerita ini ada dalam versi drama? Ehhh yeke?? Yelahh betul tak tipu. Tak percaya jugak? Hmm takpe-takpe. Pika tunjuk kat korang yekk :)

(versi kartun)

(versi drama)

Eh eh betul lahh. Haa tulahh tak percaya lagi. Versi drama ni boleh dikatakan best lah jugak sebab sudah semestinya sup bunjut Adabi. Ish ape yang aku merepek ni >_<. Hahaha sebab utamanya adalah mata korang akan tertumpu dengan budak perempuan yang memegang watak sebagai Maruko tu. Comel kan? Kawaii banget. Cair pika dibuatnya. Hehe :D

Versi drama ni ditayangkan khas sempena ulang tahun Chibi-Maruko Chan yang ke-15. Ia mempunyai 3 episod sahaja. Ehh sikitnya. Sikit tapi 1 episod korang kena tengok sampai 2 jam. Muahahaha! Sikit tapi lama. Kesemua jalan cerita yang ada dalam versi kartun dilakonkan semula dan menjadikannya dalam versi drama. 


(antara babak-babak dalam cerita Chibi Maruko-Chan)

Nak tengok serba sedikit Chibi Maruko-chan yang real tak? Haaa jom tengok video kat bawah ni. So, enjoy :)




No comments: