♥Janji Di Hati♥ ( Bab 1 )

Hujan turun dengan lebat diselangi dengan petir sambung-menyambung membuatkan Nur Sofia menggigil kesejukan. Dia cuba mencari sweaternya di dalam almari. 
     "Ish! Mana sweater aku ni? Aku selalu sangkut kat sini." Sofia mengomel. Tanpa disedari sweater yang dicarinya hanya berada di atas katilnya. 
     "Laa kat sini rupanya." Sofia mencapai sweater dan memakainya sambil meniup tapak tangan kerana kesejukan. Dia turun ke dapur untuk membuat secawan Milo panas. Dia meletakkan cawan di atas meja dan melabuhkan pinggulnya di atas sofa yang empuk. Kucing peliharaannya nyenyak tidur di sebelah Sofia. Sofia membelai kucingnya dan sekali-sekala kucing itu mengeliat manja. Sofia hanya tersenyum. Duka Sofia terubat apabila bermain dengan kucing peliharaannya. Sofia melihat di luar jendela. Hujan lebat yang masih tidak berhenti membuatkannya mengimbau kenangan lama bersama Rafiq. Momennya bersama Rafiq tidak pernah padam walaupun sudah dua tahun Rafiq telah pergi menghadap Ilahi. 
     "Awak. Awak janji dengan saya, lepas kita habis SPM nanti kita belajar dekat tempat yang sama. Saya tak nak berpisah dengan awak." kata-kata Rafiq penuh berharap. Sofia tunduk dan hanya tersenyum.
     "Kenapa? Awak takut saya cari yang lain ke?" Sofia memerli Rafiq. Rafiq mencebikkan mukanya. 
     "Bukan macam tu la. Saya tak nak kehilangan awak. Awak ni. Okay, takpe takpe." Rafiq merajuk seperti seorang perempuan. Sofia ketawa kecil.
     "Ala, awak ni merajuk pulak. Saya bergurau jelah. Saya janji dengan awak yang kita akan terus bersama. Kalau jodoh takkan ke mana. Kita berserah pada Yang Maha Esa. Dia yang akan menentukan segalanya." Rafiq tersenyum mendengar kata-kata Sofia. 
     "Awak janji?" Rafiq menyoal.
     "Ya, saya janji." Mereka tersenyum. Langit dan bumi menjadi saksi perjanjian mereka berdua. Keesokannya, peperiksaan SPM bermula. Rafiq dan Sofia tekun menjawab kesemua soalan. Fikiran mereka tidak terganggu walaupun mereka terpisah kerana Rafiq mengambil peperiksaan di dewan sekolah. Beberapa minggu kemudian, kesemua sepuluh subjek telah selesai dan kelihatan pelajar-pelajar SMK Putra Indah gembira di atas kemerdekaan mereka. Ada yang bersorak dan tidak kurang juga yang mengambil gambar bersama guru-guru mereka sebagai tanda kenangan. Rafiq dan Sofia juga tidak terlepas untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru mereka. Setelah semuanya selesai, mereka pulang dengan rasa lega.
      "Wah! Bestnya. SPM dah habis." Sofia meluahkan rasa leganya. Rafiq hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.
      "Hah jangan nak lega sangat ya cik adik sayang. Result belum keluar lagi." Rafiq cuba mengganggu Sofia yang sedang berkhayal. Sofia memandang Rafiq sambil mencebik. Dia berpeluk tubuh. Langkahnya cuba dilajukan. Rafiq cuba mengejar Sofia.
      "Awak. Janganlah merajuk. Awak ni." Rafiq cuba memujuk. Namun Sofia masih berdiam diri. 
      "Awak.."
      "Tulah. Lain kali jangan kacau. Orang baru nak relief semua pressure dia tambahkan lagi pressure tu." Sofia mengomel. Rafiq ketawa melihat Sofia membebel seperti mak nenek. Sememangnya Sofia terkenal dengan kebebelan dia. Sebab itu lah dia terpilih sebagai juara berpidato peringkat negeri. 
      "Yelah, awak menang. Jangan merajuk lagi ya." Rafiq tersenyum. Sambil berjalan Rafiq memicit kepalanya. Sofia masih lagi membebel di depannya. Tidak semena-mena Rafiq jatuh pengsan. 
      "Awak. Saya lapar. Jom kita pergi makan." Tiada respon daripada Rafiq. Sofia pelik. Apabila dia menoleh dia terkejut melihat Rafiq terbaring di atas jalan. Sofia berlari mendapatkan Rafiq. Sofia menangis. 
      "Awak. Bangunlah. Kenapa dengan awak? Bangunlah. Awak!!" Sofia berteriak sambil menangis. Sofia menjerit meminta pertolongan. Pak cik yang berjalan di kawasan yang sama menolong Sofia dan menghantar mereka ke hospital. Sofia menelefon ibu bapa Rafiq. Setengah jam kemudian ibu bapa Rafiq sampai. Ibu Rafiq mendapatkan Sofia dan cuba menenangkan Sofia yang masih menangis. 
       "Mak cik, Rafiq sakit apa?" Tanya Sofia kepada Puan Hajar. Puan Hajar terkedu dan tidak dapat menjawab soalan Sofia. Tiba-tiba seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Doktor memberitahu sesuatu kepada ibu bapa Rafiq.
       "Penyakit anak Encik dan Puan kini berada dalam tahap yang berbahaya. Kami tidak dapat berbuat apa-apa. Jika kami membuat pembedahan kami risau kerana risiko dan komplikasinya amat tinggi." 
       "Doktor. Berapa lama lagi anak kami boleh hidup?" Puan Hajar menyoal. 
       "Saya tidak boleh menjamin apa-apa. Kemungkinan dalam sebulan dua. Beginilah, kita berserah pada Allah. Biar Dia yang menentukan. Saya minta diri dulu." Sofia yang mendengar penjelasan doktor tadi tersentak. Sofia menangis semahu-mahunya. Pandangannya mulai kabur dan akhirnya dia rebah ke bumi. 



No comments: